Tuesday, 23 June 2015

Majlis Akad Nikah

Light Peach + Turqoise Blue Theme

Assalamualaikum 

Dah beberapa bulan berlalu baru nak buat entry nikah.. apela. baby dlm perot ni pun dah membesar n tak lama lagi akan keluar. alaa nk buat mcm mana org baru ada blog cmni la.. nak buat blog pun amik masa tau. ni kan nk msuk kan mcm2 entry ditambahkan dgn kepala otak yang banyak plak idea semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak preggy ni. hehe

so jum layan ciritera cinta kisah kami suami isteri. ni suma time akad nikah. memang saje tak pilih tema putih sbb suka sangat kaler peach then mix match kan dgn kaler turqoise .




tak tahu pasai apa muka kat setiap gambar nikah ni cam ssh nk senyum . mgantok pun ade. sian photographer kne tgu muka senyum kua xkua2 gak.. hehe.. sebenarnye ni la muka org bercampur baur perasaan, nervous, hepy,sedih sume ade..
setibanya di Masjid Saujana Impian , trus trun dari kereta teros rasa cam artis kau. mne tak nya sini sana camera dah standby. muka tu yg tak boleh cover. segan nyeee org sume dok tgk kita.. haha

paksa senyum wlupun muka ketat. mcm dia plak yg nk salam tok kadi ;P




 Debaran menunggu detik-detik indah bergelar seorang isteri
                 




 
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami Ahmad Amirul Shaqim dan Nur Rieziyana Md Zamri sah menjadi suami isteri. ALLAHuakbar! selama 23 tahun pengorbanan ibu abah mendidik dan membesarkan akhirnya tanggungjawab berat itu dalam sekelip mata jatuh ke bahu suami.



meMula tak rasa pun nak nangis ke hape ke. tapi tula rasa yg Allah bg tu dtg dr dlm hati dgn tiba2 dtg sebak yg xbleh nak diceritakan.. "aku dah jadi isteri orang, betul ke ni?" haaa cmtula monolog poyo yang dtg dr hati..

 time tu aku sedar aku dah ada tanggungjawab besar yg baru. dah lama aku bercita2 nk menjadi seorang Isteri yang terbaik buat Suamiku. i love u husband.

.







muka happy setelah bergelar isteri walaupun mata tu tak tahu apa masalah xleh bukak besar2, spoil.tampar sekali maybe ok kot.


                            


Alhamdullilah kami dah boleh pegang pegang tangan dah! pahala plak tu.. ish3.. tula nikmat nikah  kengkawan haha.

bersama dayang2 aka dulang girls ku yg setia menemaniku. syg korang smpi bila2


Posing ni yg mahal.. hee.. bersama family ku yanag amat ku sayangi ;)


Selama beberapa tahun tempoh perkenalan kami , sejak dari zaman Diploma lagi akhirnyaa waktu yang dinanti2kan tiba juga akhirnya.. Alhamdullilah impian nak jadi suami isteri yang sah dimakbulkan Allah.. satu perasaan yang puas n syukur..

Doakan rumahtangga kami akan kekal hingga Jannah. Riez akan buat yang terbaik untuk rumahtangga kami dan menjadi seorang isteri dan bakal ibu yang baik buat anak2 kami.. insha ALLAH..



Add caption

sampai rumah encik suami nye songkok ntah ke mana samping ntah ke mana. inilah hasil gambarnya. dia bkn kesa ponn. haishh


                  
Bersama kawan kawan yang banyak membantu semasa majlis nikah. thanks korang sbb memeriahkan majlis n byk bagi nasihat utk bergelar menjadi seorang isteri..


                    

Monday, 22 June 2015

Majlis Tunang Simple Tema Purple Pink | My E-Day




Salam… 


Alhamdullilah selesai sudah rombongan merisik dan juga majlis pertunangan pada hari yang sama.. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan2 yang turut sama membantu dan hadir memeriahkan majlis.. semoga ikatan kekeluargaan yang bakal di bina ini diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.. #engagementday #purple#happymoment #family #friends #bigthanks #muchlove ♥

haaa tu adalah sumber petikan dr status FB & Insta :)

Riez nak berkongsi kisah pengalaman dan segala persiapan sebelum bertunang. Alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar seperti dirancangkan. Riez hope majlis bertunang anda juga akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Ini segala experience dan juga checklist yang Riez nak share utk persediaan sebelum bertunang..





1. Tarikh, waktu dan tempat bertunang
Tarikh bertunang yang dipilih dari persetujuan 2 belah pihak ialah hari Ahad.. Hasil persetujuan bersama akhirnya kami bertunang pada 12/12/2014. Waktu lepas zohor dalam pukul 2 petang di rumah.

TARIKH   : 2/2/2014 (AHAD)
MASA       :2.00 PM
TEMPAT  : DI RUMAH
2. Tempat bertunang 
Tempat bertunang ialah di ruang tamu rumah. hehe… Tiada Pelamin. Hanya Bantal Duduk n bentangkan Carpet comel. Simple.
3. Hantaran (Tema warna, jumlah dulang hantaran, jenis barang hantaran & gubahan sendiri) 
Ok, saya nak cerita mengenai hantaran pulak. Hantaran ini anda boleh decide nak gubah sendiri atau tempah. Tapi of course lagi jimat buat sendiri. Untuk hiasan hantaran dulang ini saya hantar tempah.. Bajet yang saya bagi RM200 untuk semua hiasan hantaran +hantaran bunga rampai+bunga tangan
Kalau ikut adat orang Melayu, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan biasanya lebih daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).


Hantaran perempuan (7 dulang)
  1. Sejadah
  2. Kek tunang 
  3. Al-Quran 
  4. Buah-buahan 
  5. Coklat
  6. Towel
  7. Set Perfume 
Hantaran lelaki (5 dulang)
    1. Telekung
    2. Kek
    3. Sirih junjung
    4. Coklat dan Blueberry Tart
    5. Cincin risik dan cincin tunang
4. Baju bertunang 
Actually planning nak upah baju untuk tunang tapi last sekali beli dress yang dah siap sebab lagi senang dan kos pun murah. Riez beli dress ni ngn harga RM100 kt area bangi. Puas cri color purple yg simple , cantik, n hrga yg agk murah akhirnyaaa jumpa.. syukur.. huhu
Tunang just pakai baju kemeja biasa je. Takde sewa atau beli baju ikut tema. hehe…
5. Tudung & Veil 
Tudung selendang RM15
Tudung selendang halfmoon bermanik RM30
Brooch Bunga RM15
Jarum Peniti 





6. Makeup 
Makeup ni mmg asalnya planning nak makeup sendiri dan simple je. Lagipun En tunang pun tak suka tunang dia ni makeup tebai2.  heee. seb bek pandai makeup sket2.. so bleh la noh utk cut cost dr segi makeup..









7. Hand bouquet 
Hand bouquet pilih yg jenis bunga plastik. senang xyah risau layu ke ape ke nnti bunga tu nnt kn. Riez tempah dgn harga RM30 kat Kedai Gubahan Kahwin. Ni kira tempah skali dgn hantaran sume la..






8. Jamuan makan majlis tunang
Untuk jamuan makan masak sendiri bajet dlm RM400++.
Menu:
  •  Nasi Putih
  •  Ayam Salai Masak Lemak 
  •  Ikan Sembilang Salai Masak Lemak
  •  Kobis Goreng
  •  Ulam Ulaman
  •  Sambal belacan
  •  Buah Tembikai
  •  Air Sirap Selasih. 
  •  Teh Tarik
Pinggan mangkuk pun sama guna yang ada banyak kat rumah je. hehe.. Kat rumah memang banyak pinggan mangkuk, periuk besar untuk masak kenduri kendara




9. Khemah & Kerusi 

Sebahagian tetamu just makan dalam rumah. Sebahagian Tetamu  makan kat bawah khemah. Khemah & Kerusi bajet dlm rm450. .
Kalau nak buat majlis yang agak meriah, tak salah untuk anda sewa khemah, kerusi dan juga perkakas untuk masak dan makan. Ini untuk keselesaan tetamu yang hadir.





10. Goodie Bag 
Mmg tak sediakan bajet untuk goodie bag. Save bajet untuk goodie bag time wedding je nnt. :)
Tapi kalau berkemampuan buatla goodie bag. Kira share rezeki yang lebih dengan tetamu yang datang. InsyaAllah berkat asalkan tak melebih2.
11. Jurugambar 
Takde amik khidmat jurugambar untuk majlis tunang. Just adik beradik, membe2 dan saudara-mara yang ambil gambar guna camera dan handphone. Then kumpul gambar sume simpan dalam satu album. Settle.








12. Jumlah hantaran dan mas kahwin
Jumlah hantaran dan mas kahwin ni kena siap-siap discuss dengan pasangan supaya senang kalau jurucakap berdiscuss pasal jumlah hantaran time hari tunang nanti. Mas kahwin biasanya mengikut kadar negeri pihak perempuan. Seeloknya hantaran mengikut kemampuan pihak lelaki mampu sediakan.
13. Wakil Jurucakap pihak lelaki dan perempuan
Kena tentukan siap2 siapa yang akan jadi wakil sebagai jurucakap pihak lelaki dan juga perempuan. Kebiasaanya orang tua yang dah berpengalaman jadi wakil cakap2 ni. Jurucakap ni pun make sure korang dah pesan siap2 just discuss yang penting je sebab ada certain jurucakap kalau tak pesan habis semua ditanya & dijawab secara memandai.
Sebaiknya pesan kalau part diorang tak sure just jawab; “Biarlah nanti pihak pasangan pengantin discuss sesama diorang”.

14. Jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang
Tentukan jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang supaya tak terlebih sehingga membazir atau terkurang sehingga malu tetamu tak cukup makan untuk persiapan jamuan makan.




Anggaran kasar majlis tunang sume spend around RM1500. Uolls dan pasangan kalau pandai bajet boleh kurang dari tue lagi kalau betul-betul nak save bajet. Apa yang boleh buat sendiri try buat sendiri dulu (DIY) atau pinjam dengan sedara mara.
Ringkasan Checklist Pertunangan!!
  1. Pilih tarikh, waktu & tempat – pelamin atau bilik tidur (katil berhias).
  2. Tentukan jumlah hantaran lelaki dan perempuan – Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
  3. Pilihan Tema hantaran – Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white
  4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)
  5. Pilihan Warna pakaian L/P – Bergantung pada tema
  6. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Perempuan = 7 (listkan barang2 yang hendak diberi)
  7. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi)
  8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
  9. Cincin tunang & risik – 2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh)
  10. Pilihan Pelamin : Sesetengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yang dihias cantik.
  11. Makeup  – Sebaiknya makeup soft & natural.
  12. Jurugambar
  13. Sediakan bajet jamuan makan – Katering atau pun masak sendiri
  14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp – Biasanya orang tua yang berpengalaman
  15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang

Thursday, 18 June 2015

Convocation Graduasi,IIUM

Salam kwn2 Bloggers sume..

Hari ni nak tepek gambar convo even sbnarnye dah lama pun convo.. n kita tau org lain dah lama berzaman dah upload gambr convo.. tskk ;( hee.

Pada tanggal 15 March 2014 akhirnya sy Nur Rieziyana Bt Md Zamri berjaya mendapat segenggam Diploma dlm bidang Information Technology yg berlangsung di IIUM, Gombak, wlupun ada sesetengah org maybe akn ckp "ala diploma je pun blm degree lg" hehe.. xpela, diploma pun ilmu jgk n still perlukn byk pengorbanan masa & tenaga utk hbiskn. akhirnya abis jgk. syukur n happy tau :)

Alhamdullilah ni semua berkat doa semua n  ni jgk hadiah yg terbesar utk ibu abah, wlupun byk lg benda nk kne tempuh lg slps ni dlm hdup tp dlm usia ku yg ke- 23 ketika itu ,dpt jgk habiskn plajaran dgn jayanya.. ni jga hadiah utk driku jgk.. congrats n well done Riez! hehe



;
muka happy berjayaaa.. horrayyyy  :)




My bestfriend Fatimah, yg sudi dtg bg bunga .thx n luv u. dia pun study kt IIUM gak tp tgh amik Degree
Diploma Information Technology

My Beloved Family. Time ni abah je xdpt dtg.. Outstation.. ;(

Housemate tersyg ;)
ni la adik kta yg bongsu yg plg comel & manja. potpet2. *bkn anak k..
Time ni tgh queqe nk msuk Dewan


Syukur Alhamdullilah.. ade rezeki t mmg akn sambung pula Degree..kita hanya Merancang Tuhan Menentukan.. Insyaallah semoga dipermudahkan.. Amin..

kpd yg sdg belajar troskan study anda dgn gigih n all the best.. smoga kta sme2 dpt blaja hingga ke peringkat lebih tinggi.. ILMU Allah ni luas sampai mati pun tak habis.. so jgn give up. byk lg yg kta kne beljar dlm hdup ni..

Alhamdullilah n tq coz sudi baca ;)