Monday 22 June 2015

Majlis Tunang Simple Tema Purple Pink | My E-Day




Salam… 


Alhamdullilah selesai sudah rombongan merisik dan juga majlis pertunangan pada hari yang sama.. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan2 yang turut sama membantu dan hadir memeriahkan majlis.. semoga ikatan kekeluargaan yang bakal di bina ini diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.. #engagementday #purple#happymoment #family #friends #bigthanks #muchlove ♥

haaa tu adalah sumber petikan dr status FB & Insta :)

Riez nak berkongsi kisah pengalaman dan segala persiapan sebelum bertunang. Alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar seperti dirancangkan. Riez hope majlis bertunang anda juga akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Ini segala experience dan juga checklist yang Riez nak share utk persediaan sebelum bertunang..





1. Tarikh, waktu dan tempat bertunang
Tarikh bertunang yang dipilih dari persetujuan 2 belah pihak ialah hari Ahad.. Hasil persetujuan bersama akhirnya kami bertunang pada 12/12/2014. Waktu lepas zohor dalam pukul 2 petang di rumah.

TARIKH   : 2/2/2014 (AHAD)
MASA       :2.00 PM
TEMPAT  : DI RUMAH
2. Tempat bertunang 
Tempat bertunang ialah di ruang tamu rumah. hehe… Tiada Pelamin. Hanya Bantal Duduk n bentangkan Carpet comel. Simple.
3. Hantaran (Tema warna, jumlah dulang hantaran, jenis barang hantaran & gubahan sendiri) 
Ok, saya nak cerita mengenai hantaran pulak. Hantaran ini anda boleh decide nak gubah sendiri atau tempah. Tapi of course lagi jimat buat sendiri. Untuk hiasan hantaran dulang ini saya hantar tempah.. Bajet yang saya bagi RM200 untuk semua hiasan hantaran +hantaran bunga rampai+bunga tangan
Kalau ikut adat orang Melayu, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan biasanya lebih daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).


Hantaran perempuan (7 dulang)
  1. Sejadah
  2. Kek tunang 
  3. Al-Quran 
  4. Buah-buahan 
  5. Coklat
  6. Towel
  7. Set Perfume 
Hantaran lelaki (5 dulang)
    1. Telekung
    2. Kek
    3. Sirih junjung
    4. Coklat dan Blueberry Tart
    5. Cincin risik dan cincin tunang
4. Baju bertunang 
Actually planning nak upah baju untuk tunang tapi last sekali beli dress yang dah siap sebab lagi senang dan kos pun murah. Riez beli dress ni ngn harga RM100 kt area bangi. Puas cri color purple yg simple , cantik, n hrga yg agk murah akhirnyaaa jumpa.. syukur.. huhu
Tunang just pakai baju kemeja biasa je. Takde sewa atau beli baju ikut tema. hehe…
5. Tudung & Veil 
Tudung selendang RM15
Tudung selendang halfmoon bermanik RM30
Brooch Bunga RM15
Jarum Peniti 





6. Makeup 
Makeup ni mmg asalnya planning nak makeup sendiri dan simple je. Lagipun En tunang pun tak suka tunang dia ni makeup tebai2.  heee. seb bek pandai makeup sket2.. so bleh la noh utk cut cost dr segi makeup..









7. Hand bouquet 
Hand bouquet pilih yg jenis bunga plastik. senang xyah risau layu ke ape ke nnti bunga tu nnt kn. Riez tempah dgn harga RM30 kat Kedai Gubahan Kahwin. Ni kira tempah skali dgn hantaran sume la..






8. Jamuan makan majlis tunang
Untuk jamuan makan masak sendiri bajet dlm RM400++.
Menu:
  •  Nasi Putih
  •  Ayam Salai Masak Lemak 
  •  Ikan Sembilang Salai Masak Lemak
  •  Kobis Goreng
  •  Ulam Ulaman
  •  Sambal belacan
  •  Buah Tembikai
  •  Air Sirap Selasih. 
  •  Teh Tarik
Pinggan mangkuk pun sama guna yang ada banyak kat rumah je. hehe.. Kat rumah memang banyak pinggan mangkuk, periuk besar untuk masak kenduri kendara




9. Khemah & Kerusi 

Sebahagian tetamu just makan dalam rumah. Sebahagian Tetamu  makan kat bawah khemah. Khemah & Kerusi bajet dlm rm450. .
Kalau nak buat majlis yang agak meriah, tak salah untuk anda sewa khemah, kerusi dan juga perkakas untuk masak dan makan. Ini untuk keselesaan tetamu yang hadir.





10. Goodie Bag 
Mmg tak sediakan bajet untuk goodie bag. Save bajet untuk goodie bag time wedding je nnt. :)
Tapi kalau berkemampuan buatla goodie bag. Kira share rezeki yang lebih dengan tetamu yang datang. InsyaAllah berkat asalkan tak melebih2.
11. Jurugambar 
Takde amik khidmat jurugambar untuk majlis tunang. Just adik beradik, membe2 dan saudara-mara yang ambil gambar guna camera dan handphone. Then kumpul gambar sume simpan dalam satu album. Settle.








12. Jumlah hantaran dan mas kahwin
Jumlah hantaran dan mas kahwin ni kena siap-siap discuss dengan pasangan supaya senang kalau jurucakap berdiscuss pasal jumlah hantaran time hari tunang nanti. Mas kahwin biasanya mengikut kadar negeri pihak perempuan. Seeloknya hantaran mengikut kemampuan pihak lelaki mampu sediakan.
13. Wakil Jurucakap pihak lelaki dan perempuan
Kena tentukan siap2 siapa yang akan jadi wakil sebagai jurucakap pihak lelaki dan juga perempuan. Kebiasaanya orang tua yang dah berpengalaman jadi wakil cakap2 ni. Jurucakap ni pun make sure korang dah pesan siap2 just discuss yang penting je sebab ada certain jurucakap kalau tak pesan habis semua ditanya & dijawab secara memandai.
Sebaiknya pesan kalau part diorang tak sure just jawab; “Biarlah nanti pihak pasangan pengantin discuss sesama diorang”.

14. Jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang
Tentukan jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang supaya tak terlebih sehingga membazir atau terkurang sehingga malu tetamu tak cukup makan untuk persiapan jamuan makan.




Anggaran kasar majlis tunang sume spend around RM1500. Uolls dan pasangan kalau pandai bajet boleh kurang dari tue lagi kalau betul-betul nak save bajet. Apa yang boleh buat sendiri try buat sendiri dulu (DIY) atau pinjam dengan sedara mara.
Ringkasan Checklist Pertunangan!!
  1. Pilih tarikh, waktu & tempat – pelamin atau bilik tidur (katil berhias).
  2. Tentukan jumlah hantaran lelaki dan perempuan – Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
  3. Pilihan Tema hantaran – Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white
  4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)
  5. Pilihan Warna pakaian L/P – Bergantung pada tema
  6. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Perempuan = 7 (listkan barang2 yang hendak diberi)
  7. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi)
  8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
  9. Cincin tunang & risik – 2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh)
  10. Pilihan Pelamin : Sesetengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yang dihias cantik.
  11. Makeup  – Sebaiknya makeup soft & natural.
  12. Jurugambar
  13. Sediakan bajet jamuan makan – Katering atau pun masak sendiri
  14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp – Biasanya orang tua yang berpengalaman
  15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang

12 comments:

  1. mangai ramai nya cek oi....

    ReplyDelete
  2. hoi...tunang pun nak jurugambo ke...duit tu...ingat senang ke nak kopek kulit duyan...cait...pfftt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila bace smpai abes sblom melompat buat kesimpulan sendiri
      Dia kata guna khidmat adek beradik je
      Pastu kumpul masuk satu folder
      Lagi pon kalau dia nak pakai photgrapher sklipun, duit dia, x salah pon, adios

      Delete
  3. Salam. Baju purple tu beli kat kedai mana kat bangi?

    ReplyDelete
  4. Tqsm ...terangkn secara details ☺️☺️☺️☺️

    ReplyDelete
  5. Terima kasih utk sharing ni. Sgt berguna utk rujukan ๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
  6. Tq awkk. Sy punya majlis bulan 10 ni. Brguna sgt info!

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang bermanfaat ..๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bermanfaat ..๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  9. nice info..mohon copy ye tuan punye badan

    ReplyDelete